PERKAHWINAN itu bukanlah coba-coba dan suka-suka…
tapi ia adalah satu AMANAH yang berat…
PERKAHWINAN itu perlu persediaan..
bukan sekedar melayan perasaan..
PERKAHWINAN itu untuk mengajar arti menerima kekurangan..
bukan sekedar menerima kelebihan..
PERKAHWINAN untuk jangka masa yang panjang..
bukan jangka masa yang pendek..
PERKAHWINAN itu juga mengajar kita arti menerima dan memberi…
bukan sekedar memberi cincin di jari…
PERKAHWINAN itu hanya sekedar Mimpi…
jika tidak menyelak kembali sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w sekeluarga yang bahagia itu…
PERKAHWINAN itu bukanlah hanya satu pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama…
tapi ia perlu dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan…
PERKAHWINAN itu juga bukanlah fantasi…
tapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman..
sesuatu keputusan tentang PERKAHWINAN itu perlu dibuat atas timbangan kematangan, kedewasaan dan dipandu dengan suluhan Syara’…
FIKIRkanlah keperluan..
Renungkanlah Kemampuan..
sebelum , semasa dan selepas berkahwin
Misi kita adalah untuk beribadah kepada Allah…